Keperluan ibu hamil

 Semua wanita perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang lagi bernutrisi sebaik sahaja merancang untuk hamil dan diteruskan sepanjang kehamilan agar dapat melahirkan generasi yang sihat. Ini kerana, pemakanan sihat sebelum hamil akan membekalkan simpanan nutrisi bagi keperluan pembentukkan janin pada awal kehamilan. 

Bagaimana pula bila kita telahpun dikurniakan rezeki untuk hamil? Apakah keperluan bagi seorang wanita yang sedang hamil?

Jom kali ni Achik Ruby kongsi tentang keperluan ibu hamil 🥰





PEMAKANAN YANG SEIMBANG

1.Jaga kalori intake

Ibu hamil memerlukan kalori tambahan ketika hamil berbanding sebelum hamil. Ia boleh didapati dalam makanan harian anda.


Apa yang kita faham, segala keperluan nutrisi dalam badan akan dikongsi bersama dengan bayi kita


Tapi makan dua kali ganda ketika hamil?


TIDAK! Keperluan kalori semasa hamil meningkat mengikut trimester. Namun, ini tidak bermakna, ibu hamil perlu makan 2 kali ganda daripada biasa..


Jika ibu hamil mengalami peningkatan berat badan LEBIH daripada saranan, ibu berpotensi untuk mendapat pelbagai penyakit kronik di masa akan datang dan ini berisiko menjejaskan tahap kesihatan mereka sekiranya bercadang untuk hamil lagi.


2. Kawal Gula

Pengambilan gula yang tinggi boleh meningkatkan risiko diabetes semasa hamil (GDM) dan peningkatan berat badan mendadak. 


Selain itu, diabetes ketika hamil meningkatkan risiko kecacatan bayi yang dinamakan Anencephaly. 


Bayi dengan keadaan ini tulang kepala dan sebahagian otaknya tidak terbentuk dengan sempurna dan kebiasaannya akan meninggal selepas kelahiran kerana tidak boleh bernafas sendiri walaupun ada paru-paru yang normal ( tiada bahagian otak yang terlibat untuk tujuan pernafasan).


TAHUKAH ANDA??


Lazimnya kita mendengar bahawa ibu hamil perlu mengambil air gula ketika melakukan pemeriksaan kesihatan berkala di klinik kesihatan. Namun tahukah anda tujuan meminum air gula tersebut? Prosedur ini yang dinamakan sebgai ujian toleransi glukosa adalah bertujuan untuk mendiagnosis pesakit diabetes ketika hamil iaitu diabetes gestasi. 

Kebanyakan ibu mengandung akan mengalami diabetes gestasi ketika hamil dan ianya akan hilang setelah melahirkan bayi. Sebelum minum air gula, darah akan diambil bagi melihat paras glukosa dalam darah kemudian darah akan diambil sekali lagi dua jam setelah ibu mengandung diberi minum air glukosa. 

Bagi wanita tanpa diabetes, paras gula akan naik dan turun semula setelah badan menyerap gula, namun bagi wanita yang mempunya diabetes, paras gula tetap sama sebelum mahupun selepas minum air gula. Jika anda disahkan positif diabetes gestasi, anda digalakkan menjalankan diet yang seimbang, bersenam kira-kira 30 minit sehari dan mengurangkan pengambilan makanan atau minuman bergula.

Jadi Siapakah Wanita Yang Berisiko Ini?

1. Wanita yang mempunyai BMI melebihi 27 kg/m2.

2. Wanita yang pernah mengalami gestattional diabetes.

3. Wanita yang mempunyai ibu, bapa, adik-beradik yang juga pesakit kencing manis.

4. Wanita yang pernah melahirkan bayi 4kg atau lebih.

5. Sejarah perbidanan, keguguran, kelahiran yang bermasalah.

6. Pemeriksaan air kencing didapati mempunyai glukos (sebanyak 2 kali).

7. Masalah kandungan seperti darah tinggi, air tuban bayi yang berlebihan dan penggunaan steroids ketika hamil.



3. Kurangkan garam

Makanan tinggi garam juga boleh menyebabkan darah tinggi. Manakala kafein boleh menghalang penyerapan nutrien penting seperti zat besi dan kalsium.

Tekanan darah tinggi ni bukan masalah biasa-biasa jika melibatkan ibu mengandung. Dari masalah darah tinggi, ibu hamil berisiko mendapat pre-eklampsia, eklampsia atau sawan, seterusnya boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang. 

Ibu hamil yang ada masalah eklampsia pula berisiko untuk mengalami sawan atau pengsan akibat tekanan darah naik terlalu tinggi. Ia sangat serius kerana boleh berlaku pendarahan otak kerana salur darah pecah, koma, malah kematian. 


Simptom-simptom eklampsia perlu dikenal pasti. Jika ada yang mengalami simptom berikut, segeralah ke hospital serta merta untuk mendapatkan pemeriksaan tekanan darah dan air kencing. contohnya:

 

Sakit kepala

Pening

Kabur mata

Pandangan bercahaya/silau

Sakit tengkok

Loya atau muntah

Sakit ulu hati

Rasa kurang sihat


Oleh itu, pantau kenaikan berat badan dan juga pengambilan makanan anda.  Ambillah makanan berkhasiat yang membekalkan keperluan nutrien yang disarankan semasa hamil demi kebaikan ibu dan bayi.



SENAMAN 

Mengandung merupakan pengalaman yang cukup indah buat semua ibu-ibu. Nikmatilah perjalanan indah ini dalam keadaan yang lebih sihat dan cergas . 

Tapi, memandangkan senaman untuk ibu hamil adalah terhad, aktiviti berjalan kaki sangat- sangat membantu untuk pembakaran kalori. 

Jalan secara perlahan ikut kempampuan badan supaya tidak cedera atau mendatangkan rasa tidak selesa.

Anda juga boleh melakukan senaman yang ringan lain seperti senaman lengan dan senaman pergelangan kaki. 

Ibu hamil boleh rujuk 'buku pink' untuk lihat contoh senaman yang disarankan. Jangan malas² untuk senaman tau..😁


SUPPLEMENT/MAKANAN TAMBAHAN

Bagi sesetengah ibu hamil, ada yang mengalami fasa alahan yang teruk sehinggakan tak mampu makan, kelesuan yang melampau, malah ada yang mengalami alahan sakit seperti gastrik melampau atau asma yang teruk sehingga terpaksa ulang alik ke klinik. 


Oleh itu, pengambilan makanan tambahan tertentu mungkin boleh membantu ibu hamil supaya dapat menjalani tempoh hamil yang mengembirakan. 


Makanan yang bagus diambil ketika hamil :


1. Kekacang kerana mengandungi zat besi, protein dan serat

2. Ikan salmon yang kaya dengan asid lemak omega 3

3. Sayur berdaun hijau pula mengandungi vitamin C, vitamin A dan folat

4. Buah beri mengandungi kandungan air, karbohidrat sihat serta antioksidan

5. Produk tenusu bagi memenuhi keperluan protein dan kalsium

6. Daging tanpa lemak adalah sumber protein terbaik


Namun, tak semua ibu hamil boleh makan semua makanan ikut keperluan tersebut. Oleh itu, antara makanan tambahan yang boleh diamalkan termasuklah

✅Vitamin B

Paling penting waktu fasa start hamil, nak bantu pembentukan tulang belakang baby, elak ibu stress dan bantu penyerapan zat besi secara optimum.

Pilih vitamin B yang lengkap dengan semua jenis vitamin B. 


✅ Vitamin C

Ini keperluan supaya ibu tak senang terjangkit or demam/selsema/batuk. Sebab waktu pregnant tak banyak ubat yang ibu boleh consume & nak kurangkan pengambilan ubat-ubatan.


✅Energy Protien

Tak pening nak cari susu hamil, lengkap protein dan vitamin B’s untuk ibu hamil kekal bertenaga, kuatkan rahim, bantu baby develop sebaiknya dan paling best kali ni tengok perut sendiri tak merekah like before.


✅Multivitamin

Multivitamin lengkap untuk ibu hamil lagi-lagi yang problem HB, wajib ambik ni sebab ada lengkap iron dalam ni dah. Paling penting nak lengkapkan nutrisi ibu especially masa fasa ‘mabuk/alahan’. 

Zat besi ni paling elok kalau ambik bersama vitamin c untuk penyerapan yang lebih maksimum.



✅Minyak ikan

Mengawal berat badan ibu naik mendadak serta sangat penting untuk perkembangan otak baby.

Tapi hati-hati. Pastikan minyak ikan yang dipilih diperbuat dari ikan terpilih bukannya diperbuat dari hati ikan.

Tips: Minyak ikan yang diekstrak dari ikan kecil lebih sedikit kandungan merkuri berbanding ikan besar. Lagi kurang kandungan merkuri adalah lebih selamat.



✅Kalsium Magnesium

Elak ibu sembelit  dan tarik mengkarung malam-malam🥲 Jadi pengganti susu untuk ibu-ibu yang tak boleh telan susu.

Tips: pilih kalsium magnesium yang ada vitamin D


Kita kena EXTRA CARE, EXTRA EFFORTS, EXTRA INVEST untuk kita & baby dalam kandungan🤰

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.. ☺️

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hello New You Set : Jom jadi lebih baik!

Shaklee Renewal

Anak: Benih yang perlu kita bajai, amanah yang perlu kita jagai.