Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2023

Keperluan ibu hamil

Imej
 Semua wanita perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang lagi bernutrisi sebaik sahaja merancang untuk hamil dan diteruskan sepanjang kehamilan agar dapat melahirkan generasi yang sihat. Ini kerana, pemakanan sihat sebelum hamil akan membekalkan simpanan nutrisi bagi keperluan pembentukkan janin pada awal kehamilan.  Bagaimana pula bila kita telahpun dikurniakan rezeki untuk hamil? Apakah keperluan bagi seorang wanita yang sedang hamil? Jom kali ni Achik Ruby kongsi tentang keperluan ibu hamil 🥰 PEMAKANAN YANG SEIMBANG 1.Jaga kalori intake Ibu hamil memerlukan kalori tambahan ketika hamil berbanding sebelum hamil. Ia boleh didapati dalam makanan harian anda. Apa yang kita faham, segala keperluan nutrisi dalam badan akan dikongsi bersama dengan bayi kita Tapi makan dua kali ganda ketika hamil? TIDAK! Keperluan kalori semasa hamil meningkat mengikut trimester. Namun, ini tidak bermakna, ibu hamil perlu makan 2 kali ganda daripada biasa.. Jika ibu hamil mengalami peningkatan berat badan L