Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2023

Doa yang bagus untuk wanita

Imej
 Bismillah walhamdulillah.. Lamanya Achik Ruby bercuti dari terus melakarkan idea kat blog ni.. Harapnya ada la yang masih sudi jenguk blog ni ye.. 🥰 Insyaallah kali ni AR nak kongsi 3  doa yang bagus untuk wanita. Doa yang AR rasa kita semua patut amalkan dan jadikan amalan.  1. Tahukah kita yang sebenarnya ada doa yang mengumpulkan seluruh kebaikan dunia dan akhirat. Apa dia? اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَارْحَمْنِي، وَعَافِنِي، وَارْزُقْنِي  "Ya Allah, ampunilah daku, rahmatilah daku, berilah daku keselamatan daripada segala keburukan, dan berilah daku rezeki."  Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sungguh empat kalimat doa tersebut telah menghimpun seluruh kebaikan dunia dan akhiratmu." (Riwayat Muslim) Namun, ada juga doa yang sama penting dengan doa ni yang saya pasti kita sentiasa amalkan untuk kebaikan dunia akhirat iaitu Haaa, pernah baca tak? 😄 Doa yang diajar sejak kecil. Anak2 seawal 3 tahun pun ada yang dah ingat dan baca.  Mengikut Ustazah Asma' Harun, doa n

4 VITAMIN YANG WANITA PERLU AMBIL UNTUK KESIHATAN

Imej
Bismillah walhamdulillah..Hari ni insyaallah Achik Ruby nak share tentang vitamin untuk wanita.  Tak dinafikan kebanyakan wanita zaman moden sekarang perlu membahagikan masa mereka dengan baik sebagai seorang isteri,ibu, pekerja mahupun anak. Ya, semua tu tak mudah. Tidak hairan ada sesetengah wanita mula menghadapi tekanan dan berasa penat yang melampau. Jadi bagaimana nak atasi rasa lesu tu? Kalau boleh kita nak buat semua benda dengan baik, bak kata orang macam superwoman gituu. Yang paling penting adalah untuk jaga pemakanan kita. Selain itu, disarankan juga untuk mengambil vitamin mengikut keperluan tubuh badan kita. Jadi, kat sini Achik Ruby cadangkan kita sebagai wanita patut ambil 4 jenis vitamin ni yang baik untuk kesihatan wanita mengikut keperluan masing-masing okay!  1. VITA-LIZE ✅ NEW IMPROVED FORMULA Multivitamin Shaklee.  Pada tahun 1915 Dr Forest C Shaklee mencipta Vitalized Minerals iaitu multivitamin pertama didunia. Dari Vitalized Mineral, bertukar menjadi Vita-lea.

Tips travel bawa anak ramai..

Imej
 Sebut kata jalan-jalan, jarang orang tak suka kan? Achik Ruby suka sangat la jalan² kenal tempat orang. Tapi last keluar travel masa anak 3. Masa tu anak-anak masih kecil. Bilangan anak belum ramai macam sekarang 🤭. Paling jauh pun sampai Kundasang ja.. ada la rasa-rasa naik kapalterbang. Masa tu Adam Harith baru 38 hari. Along Haziq 3 tahun.  Bila dah namanya anak kecik ni kan, paling susah bila nak tenangkan yang sulong tu masa atas kapal terbang tu la. Semua benda yang dia tengok dia nak🤣 Sempat dia sambar lolipop paling mahal bagi ummi buat kenangan tuu..  Paling dekat, jalan² ke Cameron Hingland. Sambil balik kampung di Gua Musang, lajakla sikit kereta tu untuk bermalam di Tanah Tinggi CH. Masa ni anak 3.  Dah bertambah ahli keluarga, cabaran pun makin banyak la.  ✅kos makin tinggi ✅masa perlu di plan awal ✅pergerakan lebih terbatas ✅ragam anak luar jangka  Ramai yang kata, bila anak ramai ni susah dah nak travel ke mana mana. Tunggu anak dah besar semua pulak kalau nak jalan j