Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Vitamin C

Dah Tempah Baju Cantik,Tudung Pun Dah Beli. Tapi, Kulit Masih KUSAM, MUKA BREAKOUT! Apakata Cuba Vitamin Harga RAHMAH Untuk Kulit Cantik Ni?

Imej
Bismillah walhamdulillah.. Assalamualaikum, salam Jumaat penghulu segala hari buat semua sahabat alam maya Achik Ruby. Ramadhan berbaki lebih kurang dua minggu sahaja lagi sebelum pergi meninggalkan kita dan membuka jalan untuk kehadiran syawal pula. Macammana persediaan kita untuk melepaskan Ramadhan dan mengalu alukan kedatangan Syawal? Rata-rata yang Achik Ruby kenal bagitau, raya tahun ni akan disambut dengan sederhana sahaja. Maklumlah, sekolah baru sahaja memulakan sesi baru. Tentu telah banyak wang yang diperuntukan buat anak2.. Selagi boleh berjimat, berjimatlah. Selagi baju, kasut masih boleh guna, gunalah. Macam Achik Ruby sama juga. Dengan bilangan anak yang ramai ,cuba berjimat sehabis mungkin. Tapi yang lucunya, malam sebelum sekolah buka, terdetik minta anak² cuba uniform sekolah masing masing. Masyaallah, anak-anak hebat Achik Ruby cepat sungguh membesar. Semua baju sekolah senteng. Tak boleh pakai dah..jadi terpaksa beli baru semuanya..pakaian raya tahun lepas pun sama....