Tips travel bawa anak ramai..

 Sebut kata jalan-jalan, jarang orang tak suka kan? Achik Ruby suka sangat la jalan² kenal tempat orang. Tapi last keluar travel masa anak 3. Masa tu anak-anak masih kecil. Bilangan anak belum ramai macam sekarang ๐Ÿคญ.

Paling jauh pun sampai Kundasang ja.. ada la rasa-rasa naik kapalterbang. Masa tu Adam Harith baru 38 hari. Along Haziq 3 tahun. 

Bila dah namanya anak kecik ni kan, paling susah bila nak tenangkan yang sulong tu masa atas kapal terbang tu la. Semua benda yang dia tengok dia nak๐Ÿคฃ Sempat dia sambar lolipop paling mahal bagi ummi buat kenangan tuu.. 

Paling dekat, jalan² ke Cameron Hingland. Sambil balik kampung di Gua Musang, lajakla sikit kereta tu untuk bermalam di Tanah Tinggi CH. Masa ni anak 3. 

Dah bertambah ahli keluarga, cabaran pun makin banyak la. 

✅kos makin tinggi

✅masa perlu di plan awal

✅pergerakan lebih terbatas

✅ragam anak luar jangka 

Ramai yang kata, bila anak ramai ni susah dah nak travel ke mana mana. Tunggu anak dah besar semua pulak kalau nak jalan jalan. 

Tapi kalau tunggu mereka besar, kita la pulak belum tentu mampu nak kesana sini. Mungkin masa tu kita dah tak mampu nak bergerak bebas dengan sakit lutut bagai kan?  bila terjumpa satu posting dari Shaeriani A.Hamat ni, terbuka mata Achik Ruby untuk travel suatu hari nanti bersama anak². 

Jom sama² kita baca apa tips travel yang dikongsikan beliau.


Tips ‘PERSIAPAN’ untuk bawa anak bercuti (bagi pasangan ramai anak) ke tempat yang jauh; 


1) Persiapan kena 2 hari sebelom bertolak    (beg baju WAJIB  1 sorang dan kalau boleh bag sandang untuk mudah perjalanan ) nanti br ada tanggunjawab bawa barang sendiri) 


2) Anak-anak kena simpan sendiri bila mama baca berdasar ‘SENARAI’ baju , tudung, seluar dan berapa lama akan tinggl kt sana (mama akn tentukan color & jenis baju) biasa mama akn bg yg ringan kurangkan berat nk pikul - list tu mama dh buat seminggu awal 


3) Bag mestila ‘DITANDA’ nama sebab senang untk cam beg masing2( senang untk ank-anak cari keperluan masing2 sebab bag kami semua sama tapi keperluan berbeza masing2 ..ada yg uzur& sebagainya) 


4) Semua anak-anak mestila ‘BERKASUT’ untuk keselamatan & melancarkan perjalanan sepanjang travel ( banyak pegerakan semasa travel )


5) Semua ‘PASSPORT’ akan ditanda mengikut susunan ikut kelahiran 1-7  untuk senangkan urusan semasa di airport ( sebab passport papa akan pegang dan bila smpi giliran pengenalan identiti papa akan bg ikut numbering- x perlu dah bukak bukak)


6) Keluar awal untuk ke airport sebab anak-anak ramai dan masih kecik ( sampai awal xpe sebab kita tak tau apa terjadi kat tengah jalan ) 


7) semua anak yg bawa hanset perlu memakai sling bag ( kena berhati2 dan memudahkan benda berharga ada dekat dengan kita baru tak tertinggal) ( mama bg 1 org jer bawa sbb tak nak diaorang asyik main gadjet semasa dlm hotel..1 tu pun supaya mama nk berhubung sbb bilik berasingan)


8)Bawa makanan ringan seperti biskut , cococrouch & honeystar dll yg ringan untk keperluan  supya tak lapar dlm perjalanan (baby tak tahan lapar dan tak nak dia merengek sbb urusan airport memang lama dan kita tak tau macam mana tempat org kan) 


9) Selalu pesan pada anak7 supaya ‘ TEPATI MASA' agar boleh selari dengan program travel ( bg diaorg tau masa itu emas baru la boleh atur kehidupan sndri) 


10) Ni yg ‘LAST’ mama suka pakaikan anak7 baju, tudung, seluar, anak tudung semua sebab senang nak ‘CAM’ anak7 jika jauh sikit dr kiter..( sebab diaorg nama jer pompuan tp sama jer cam ank lelaki..heheheh..) ( lau x travel pon mmg selalu sama..hahahah) 


Inilah tips mama untk memudahkan perjalanan mama dan papa handle 7 puteri  kami..


Mama & 7 puteri muslimah.

--------------------------------------------

Seronok kan kalau boleh jalan2 ramai2? Meriah gitu. So, "parking" tips ni kat sini agar mudah nak carigali suatu masa nanti. 

Semoga kami sekeluarga pun ada rezeki untuk jalan jalan kenal tempat orang nanti. 

Antara impian Achik Ruby, nak sangat jalan² tapi tak nak keluar duit sendiri ๐Ÿ˜ mengarut kan? 

Tapi, dengan Shaklee, semua tu tak mustahil. Shaklee tawarkan 3c untuk semua ahlinya. 3C tersebut ialah cash, car and convention.  Semua ada peluang untuk dapat trip percuma. 

Nanti Achik Ruby sambung dalam entri seterusnya ye.. ๐Ÿ‘‹๐Ÿ˜„



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Anak: Benih yang perlu kita bajai, amanah yang perlu kita jagai.

Shaklee: Saya jual, saya makan dan saya rasai sendiri keberkesanannya..

Pengedar Shaklee Bachok (trusted agent)