TIPS BISNES ONLINE
Orang kata, buat bisnes online ni mudah. Klik² hujung jari ja. Tapi dah berbulan buat order masih krik-krik juga. Apa yang tak kena ni?
Hmmm, meh Achik Ruby kongsi tips buat bisnes online yang lebih praktikal, mudah mudahan akan membantu sahabat yang baru nak berjinak- jinak dengan sistem atas talian ni.
Sebelum tu, bisnes apa yang sahabat tengah buat? Kalau belum tahu bisnes apa yang nak dibuat, apa kata baca dulu tips pilih bisnes online DI SINI
Sahabat tahu tak? Antara sebab orang tak beli produk kita ialah kerana orang tak kenal, tak percaya dan tak suka kita.
Oleh sebab itu, kita kena perkenalkan diri kita, rajin² bina kawan baru dialam maya dan kena selalu buat posting supaya orang akan mengetahui kewujudan kita.
Posting kita tu tak semestinya semua pasal bisnes kita. Dah nama media sosial kan? Untuk permulaan, buatlah posting untuk menarik perhatian.
Sebagai contoh, buat posting masak2 ke, resepi viral ke, tunjuk aktiviti bersama anak² pun boleh. Antara semua posting tu, boleh la selit 1-3 posting tentang bisnes kita. π
Tips untuk orang kenal kita secara online
1. Guna blog
Blog ialah satu medium yang lebih mesra enjin carian. Cara yang senang orang nak cari apa². Peluang bisnes kita untuk muncul di enjin carian lebih tinggi berbanding laman sosial yang lain.
Nak orang kenal kita cepat? Rajin² lah menulis perkara yang mampu menarik minat target market kita.
Contoh produk: periuk ajaib
Boleh kongsikan pelbagai resepi mudah yang menggunakan periuk tersebut.
2. Guna email
Penggunaan bulk email atau penghantaran emel secara pukal boleh jadi cara email marketing yang berkesan untuk mengembangkan bisnes kita.
Untuk mendapatkan pelanggan baru, atau nak mengekalkan pelanggan sedia ada dengan update mereka dengan berita atau info terbaru dari kita.
Dengan bulk email, mereka takkan terlepas dari menerima emel pemasaran kita
Contoh: Update tentang promosi semasa bisnes anda.
3. Guna media sosial
Pada umumnya, salah satu kebaikan media sosial sememangnya berfungsi untuk menghubungkan orang di seluruh dunia. Melalui platform internet, kita boleh berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa jurang masa dan lokasi
Melalui media sosial ni kita berpeluang untuk menyampaikan maklumat maklumat berkaitan produk dan jualan kepada sebehrapa banyak bakal pelanggan yang boleh.
1. Bisnes online kena aktif.
Sebab apa? Tak iklan selalu, orang tak tahu siapa kita, kita jual apa. Kalau boleh, paling kurang sehari 3 iklan yang kita kena buat. Paling malas buatlah 8-10 posting bercampur setiap hari.
Ingat! Kita bukan artis yang tayang ubat ketiak pun berderu orang beli. Tak promote, takdak la sale. Takdak la income. Sehari satu iklan pastu 2 minggu plak baru iklan. Jenuhla mcm tu.
2. Bisnes online kena ramah. Sebab apa?
Sapa suka berurusan dgn seller yg keras mcm batu. Cuba kalau kita p kedai beli apa2, promoter muka ketat ja. Senyum pon taknak. Mesti kita kata menyombong. Betul tak? Samala macam kita. Macam mana dalam wassap nk senyum? Aplikasikan lah emoticon yg ada tu ☺ππππ
3. Bisnes online kena sabar.
Memang ada time rasa macam nak maki ja customer yang tak faham bahasa tapi kena sabar. Sebab apa? Bukan semua org sama. Mmg ada orang yang cepat tangkap. Cakap sekali ja dah faham. Ada plak yg jenis slow. Kena ulang2 baru bole faham. So sabar.
4. Bisnes online kena ada ilmu.
Sebab apa? Bila kita dah study pasal produk yang kita jual, baru senang kalau customer tanya macam2. Memang dah prepare jawapan dalam kepala kita. Sebab kita awal2 dah kaji.
Bila customer tanya pasal barang, seller pon dok ermmm, ermm. Nak jawab pon gagap. Macam mana customer nak yakin membeli dengan kita?
Sebab tu kena sentiasa upgrade ilmu kita dari satu masa ke semasa .
Ilmu setahun lepas tak sama dengan ilmu tahun ni. Dann takkan sama dengan bulan ini walau tajuk nya sama.
5. Bisnes online kena yakin.
Wajib yakin, segala rezeki tu Allah yang punya. Allah sesekali takkan mengkhianati usaha hambanya. Allah akan bagi pada masa yang tepat.
✨Bisnes ni mengajar kita erti tawakkal. Tawakkal selepas berusaha. Kerana bisnes mengajar kita berfikiran positif dengan orang-orang disekeliling kita.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Insyaallah..
Ulasan
Catat Ulasan