10 Petua hilangkan jeragat secara alami .

 Hai assalamualaikum semua sahabat blog Achik Ruby! Semua dah get ready ke tu untuk raya Aidiladha? 🤩

Cuaca panas sekarang ni kan....bestnya lahai kalau dapat minum air soda herbs sejuk². Anak2 pun suka kalau Achik Ruby buat air ni tapi versi lebih sihat.  

Biasanya Achik Ruby bancuh performace drink lemon dan add on daun pudina sikit, hirisan lemon dua tiga hiris dan tak lupa juga ketuk serai dua tiga batang.. hmmmm nyamannyaaa! 😁


Tapi korang tahu tak?  Lemon ini juga bagus untuk hilangkan jeragat dan membersihkan kotoran diwajah. Disebabkan asid sitrik yang ada pada buah lemon. 


Selain itu lemon juga mampu menghilangkan bintik² hitam dan juga anti penuaan. Jadi tak pelik la kan ada petua untuk putihkan bawah lengan dengan mengosokkan buah lemon dibahagian yang tak bape nak putih tu🤪.... selain digunakan dalam banyak produk kecantikan.


Korang, meh sini Achik Ruby nak share sikit.Masa pregnant kat Aina tahun lepas, Achik Ruby tension sangat². Fitrah anak-anak kan tak pandai menipu. Ada satu ketika, frust sangat bila Aliya dan Anees asyik tanya


"Ummi, kenapa muka ummi banyak bintik² hitam? " 


Hakikat seorang wanita kan..pantang kene tegur. Mula la Achik Ruby belek muka setiap masa. 


Sah! JERAGAT..😱😱😱




Duduk mula tak diam. Semua produk berkaitan jeragat dicari tahu. Risau weh.. 😵


Pada masa yang sama, Achik Ruby tanya juga Mr.Gugle. Kut2 ada petua secara alami untuk hilangkan jeragat ni..


Untuk manfaat bersama, Achik Ruby kongsi di sini untuk sesiapa je yang ada masalah jeragat macam Achik Ruby ni. Nanti kita boleh la try sama² ye petua hilangkan jeragat ni..🥰


Petua 1

Blend halia halus², ambil airnya sahaja.. masukkan madu asli dan tambah aloevera.  Pakai 2x sehari.. 


Petua 2

Campurkan serbuk kunyit bersama aloevera, madu, lemon, garam dan tepung beras. 

Bancuh buat macam masker. Pakai 2-4 kali seminggu


Petua 3

Adun serbuk kayu manis+ madu. Kacau dan Pakai selama 15 minit. Seterusnya boleh basuh semula guna air bersih☺️


Petua 4 

Cari pisang berangan dan sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkan selama 5 minit dan kemudian bersihkan muka dengan air bersih.


Petua 5

Ambil putih telur dan kemudian rendamkan tisu dalam putih telur dan tekapkan tisu tersebut pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Selepas itu buang tisu tersebut dan bersihkan muka anda.


Petua 6 

Cari beberapa helai daun sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan gosok ke disekitar kawasan muka yang berjeragat.


Petua 7 

Ambil hampas kelapa dan gosokkan diseluruh muka. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Selain dapat mengurangkan jeragat, kulit muka akan menjadi halus dan gebu.


Petua 8

Sapukan serbuk soda penaik pada kawasan yang berjeragat dan cuci dengan air bersih. Ulang sebanyak 2 hingga 3 kali seminggu agar lebih berkesan. 

Jangan tak tau, serbuk soda ni amat bagus untuk kulit kerana ia mempunyai sifat yang mampu membantu mengelupaskan sel kulit mati dan menyingkirkan kotoran pada kulit.


Petua 9

Siapa sangka kan? Oat bukan hanya boleh dimakan bahkan boleh juga disapu pada kulit! Oat akan bertindak sebagai agen pengelupasan kulit semulajadi untuk memastikan kulit sentiasa bersih 😱

Caranya amat mudah. Campurkan oat dengan susu dan madu. Jadikan ia masker sebelum tidur okeh😁👍


Petua 10

Yeayyy, akhir sekali..boleh guna putih telur la korang.  Sapu ja putih telur tu buat masker sebelum tidur. 

Buat anda yang belum tahu, jeragat adalah antara masalah kulit paling membimbangkan.

Ciri utama masalah jeragat adalah ia akan menyebabkan wujud tompok-tompok kecil dengan tona warna berbeza berbanding kulit asal lantas mengakibatkan isu tona kulit yang tidak sekata. 

Jika masalah jeragat dibiarkan tanpa pengambilan sebarang ubatan atau rawatan, maka ada risiko ia akan jadi lebih teruk sekaligus menjejaskan aspek kecantikan serta keyakinan diri.


Ketahui punca JERAGAT..





1) Radang kulit sewaktu mengalami masalah jerawat, apabila jerawat kering, ia akan meninggalkan kesan hitam yang dikenali sebagai "post-inflammatory hyperpigmentation" (PIH)


2) Perubahan hormon sewaktu mengandung dan menyusukan anak juga akan menyebabkan tompok-tompok hitam yang dikenali sebagai "melasma". Addison's disease yang disebabkan kalenjar adrenal yang tidak berfungsi untuk mengeluarkan hormon steroid dalam badan juga akan mengakibatkan jeragat. Penggunaan pil perancang dan tabiat merokok juga boleh menyebabkan jeragat.


3) Pendedahan kulit kepada cahaya matahari setelah beberapa tahun akan memberi kesan tompok-tompok hitam yang akan bertambah yang dikenali sebagai "age spots", "freckles" dan"lentigenes". Perbezaan antara age-spots, freckles dan lentigenes ialah saiznya.


Saranan vitamin SHAKLEE:


1. Vitamin C

2. Protien ESP

3. Omega Guard

4. Youth Skincare (cleanser+ toner+ spf50)


Berminat nak tahu lebih lanjut? Apa yang patut anda cuba? Meh wassap Achik Ruby, kita sembang. 🥰



#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023 

#Shakleethrive2023 

#Biz09Shaklee

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Anak: Benih yang perlu kita bajai, amanah yang perlu kita jagai.

Shaklee: Saya jual, saya makan dan saya rasai sendiri keberkesanannya..

Pengedar Shaklee Bachok (trusted agent)