Shaklee Renewal
Bismillah walhamdulillah.. Selamat pagi sahabat positif Achik Ruby. Semoga setiap hari yang baru ni jadi hari yang lebih baik dari hari yang sebelum ni.
Semoga perjalanan hidup hari ini lebih teratur dan dimurahkan rezeki yang melimpah ruah..
Ameen.
Beberapa hari lepas, Achik Ruby ada tulis tentang cash rebate yang shaklee tawarkan kepada semua ahlinya yang berdaftar.
Hari ni insyaallah Achik Ruby nak kongsikan pula bab renewal atau pembaharuan keahlian shaklee.
Sebelum ni ada yang tak mau daftar sebagai ahli sebab risau katanya terikat kena buat belian wajib setiap bulan.
Ada pula yang dah menjadi ahli tapi tak ingin perbaharui keahlian kerana dikatakan tidak berbaloi sebab hanya membeli sekali sekala sahaja. Mereka lebih sanggup untuk membeli dengan ahli lain sahaja.
Wajib ke renew keahlian shaklee?
Untuk pengetahuan sahabat semua, tempoh keahlian shaklee adalah seumur hidup. Tapi, renew keahlian itu perlu untuk memastikan keahlian kita kekal aktif.
Keahlian yang aktif penting untuk memastikan kita layak menerima pelbagai offer menarik dari shaklee termasuklah cash rebate dan diskaun pembelian untuk item terpilih setiap bulan.
Masa Achik Ruby mula² join ahli shaklee dahulu, shaklee menetapkan wajib untuk renew keahlian setiap tahun dengan bayaran rm35. Bayaran tersebut kemudiannya boleh claim kembali untuk membuat belian mana mana item. Semuanya kena buat satu persatu.
Tapi kini, renew keahlian shaklee lebih mudah. Tanpa bayaran rm35 tu pun kita boleh memperbaharui keahlian.
Dulu², macam ni la kami diingatkan. Ni la cara kami nak renew keahlian. |
Acctually, renew ni macam free ja jugak. Beli voucer renew, pastu bulih guna voucer tu untuk buat belian semula ๐ |
Bagaimana Cara Saya Renew Keahlian Shaklee?
Renew keahlian Shaklee amat mudah. Kita dikira kembali aktif bila kita membuat pembelian mana mana item yang mempunyai nilai UV. (Pembelian itulah dikira sebagai renew membership.)
Untuk memudahkan setiap ahlinya renew membership, shaklee telah menetapkan bahawa setiap ID akan tamat tempoh aktifnya pada setiap kali hari jadi setiap tahun. Senang nak ingat kan?
Namun, pembelian dalam tempoh tiga bulan sebelum sampainya tarikh lahir juga diambil kira untuk renewal.
Biasanya, keahlian kita akan ditandakan expired macam ni bila kita tak renew |
Berapa Belian Minimum Untuk Renew Keahlian?
Tiada belian minimum yang dikhususkan untuk tujuan renew keahlian Shaklee.
Kita hanya perlu buat belian mana mana item berUV samaada supplement, get clean home (produk keperluan rumah), atau mana mana produk Youth (kecantikan).
Produk Shaklee style store seperti shaker atau payung tidak termasuk barangan untuk renew keahlian ya..
Antara item dalam Shaklee Style Store. Item ni kalau kita beli seribu pun tak dikira untuk renew ye.. |
Senang sangat² kan untuk renew. Tak perlu bayaran khusus pun.
Kelebihan renew keahlian
Apabila dah renew kembali, anda bergelar ahli yang aktif. Secara tak langsung anda boleh nikmati kembali:-
⭐️ Harga ahli (up to 25% discount)
⭐️ Cash bonus (beli produk, kumpul points & Shaklee bayar bonus up to 21%), dibayar setiap 14/15hb setiap bulan.
⭐️ Exclusive health consultation daripada Nutritionist Shaklee.
⭐️ Monthly promotion (macam-macam ada, yang pasti berbaloi-baloi!)
Pada masa yang sama, anda boleh memulakan Bisnes Shaklee & grab semua business opportunity rewards yang Shaklee dah sediakan pada bila-bila masa.
Kalau sahabat belum mendaftar sebagai ahli Shaklee, daftarlah segera. Rugi tau kalau makan supplement tapi tak jadi ahli.
Once daftar, wajib bisnes?
Ni yang selalu orang salah faham. Tak nak jadi ahli, takut kene buat bisnes.
Sebenarnya, join Shaklee sebagai ahli TIDAK DIWAJIBKAN untuk berbisnes TAPI semua ahli ada peluang untuk berbisnes.
Untuk mendaftar sebagai ahli, ada dua cara mudah
1. Bayaran yuran keahlian serendah Rm35 sahaja.
2. Daftar percuma dengan pembelian 100uv (lebih kurang RM350+-)
Semua pendaftaran ini boleh dilakukan secara online atau walk in ke Shaklee Shop berhampiran.
Tapi, dunia hari ini mudah kan? Achik Ruby boleh tolong daftarkan dihujung jari ja. Jangan segan hubungi Achik Ruby untyk mendaftar ye..
Satu lagi berita baik! Bulan ni ada juga offer untuk free membership dan free renewal. Tak perlu buat belian sampai 300+-. Jom la kawan² cepat² kita ambik peluang ni.
Oh ya, satu TIPS penting before joining; PASTIKAN anda memilih "mak Shaklee" yang anda percayai, aktif, mudah berurusan, ada ready stock product, boleh guide anda tentang Cara Makan Suplemen secara berkesan & serta boleh membantu anda dalam pemilihan produk yang sesuai.
So mahu join member Shaklee & pilih saya sebagai Mak Shaklee? ๐ฅฐ
Just klik link whatsapp di bawah:
www.wassap.my/60139474633
**Anda pernah join member tapi keahlian dah TAMAT? Mahu re-join? Jom whatsapp. Kita settle tepi ๐
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
Ulasan
Catat Ulasan