Hello New You Set : Jom jadi lebih baik!

Bismillah walhamdulillah.. 

Apa khabar sahabat blog Achik Ruby? Mudah mudahan semua sahabat sentiasa dalam rahmat AllahπŸ₯°

Insyaallah untuk entri kali ni, Achik Ruby nak share tentang Set Hello New You dari Shaklee. Rasanya, mesti ramai yang perlukan set ni untuk jadi individu yang lebih baik sebab tu lah Shaklee panjangkan promosi untuk set ni. 

Nak transform diri jadi lebih baik? Jom grab set Hello New You ni

Sahabat tahu tak, sejak akhir2 ni Achik Ruby cepat sangat melatah dengan anak². Cepat beremosi dan cepat marah. Selalu juga lupa. Kadang² nak bina ayat untuk bercakap pun susah. Kerap juga fikir lain, buat lain dan cakap lain. 

Mohon doa dari sahabat blog agar Achik Ruby kembali aktif dan sentiasa positif ye..

Achik Ruby perasan hal ni sejak lepas berpantang anak bongsu Achik Ruby awal tahun baruni. 

Anak bongsu ummi, tanggal 1/1/2023 Along Haziq dapat adik lagi..πŸ˜‚

Bersalin dengan berat hampir 100kg (98kg), dan dalam pemantauan gdm on diet buat Achik Ruby stress sangat. 

Tambahan pula bila terpaksa menguruskan 6 anak sendiri sambil pantang tanpa pembantu memang amat strugle. 

Pada masa tu, kita sebagai ibu hanya fikir nak bagi yang terbaik buat anak² dan keluarga je. 

✅Nak menyusukan baby dengan ekslusif

✅Nak pastikan anak² hepi

✅ Nak rumah tangga selesa, bersih sentiasa

✅Nak suami rasa "rumahku syurgaku"

Takda satu pun terfikir untuk diri sendiri sampailah bila anak² lihat ibunya dari dekat. 

"Eiii ummi ni.. kenapa ni?" 

Perut labuh, lengan gelebeh, paha tak muat seluar.. kita sendiri pun boleh menangis kalau tengok di cermin. 

"Ummi, diet la. Mesti lagi cantik.."

 Bayangkan, kakak Anees yang baru 7 tahun boleh cakap macamtu.. 

"Ummi, kenapa ummi asyik marah² je sekarang?"Bisik Aaliya

Yup, tak dinafikan. Mempunyai anak ramai, dengan pelbagai peel, tambah pula yang kecik² masih memerlukan perhatian penuh dan asyik minta kita buat itu ini, sikit sebanyak, obesiti buat kita lelah.. susah nak bangun duduk dan pergerakan kita amat terhad. 

Yang paling teruk, Achik Ruby hadapi sembelit teruk sampai buasir. Doktor pun terkejut sebab seorang ibu tak membuang selama 22 hari selepas bersalin. Boleh imagine tak? Sampai doktor nak buat emergency czer buasir ...

Masa ni tak consume apa apa supplement atas saranan doktor sebab baby Aina ada masalah tiroid. 

"Ummi, kalau pergi pasaraya, tiba tiba ummi pengsan.. sapa nak angkat? " ummi anggap ni gurauan Along dan angah.. 😭

Masa ni ummi cuba diet sendiri. Jumpa pakar pemakanan di Hospital Raja Perempuan Zainab, set makanan yang boleh ambil dan tak boleh. Set minda untuk berubah demi kesihatan yang lebih baik dan cuba baiki emosi diri . 

Alhamdulillah anak² buka mata ummi untuk berubah. Sayangi diri sendiri lebih utama untuk membahagiakan insan lain. 

Cukup 3 bulan (masuk bulan 4) , doktor discharge Baby Aina dari masalah tiroid. Allah, masa ni memang dah pasang niat, nak dapatkan Set Hello New You ni. 

Kalau beli set ni bulan ni, Shaklee bermurah hati bagi free lagi setong Cinch perisa vanilla. Maknanya kita akan dapat 2 tong meal replacement yang super sedap ni

Kebetulan pula kita sambut Ramadhan ketika tu. Kompomlah memang waktu terbaik untuk transform diri menjadi "Ruby berwajah baru" 😁

Betul, perjalanan nak kurus ni bukan mudah! 

Selain kene jaga makan, senaman, supplement pun penting untuk bantu kita dapat efek yang lebih baik. 

Kurus tanpa supplement.. yup boleh! Tapi kurus dengan tak cantik, kulit kusam dan geleber sana sini. 

Tak mau, tak mau, tak mau! 

Jom Achik Ruby kongsikan macammana set Hello New You ni bantu Achik Ruby dalam mencapai impian untuk lebih sihat tanpa lemak jahat. 

Set Hello New You

Dalam set ni cukup lengkap ada protien untuk bina badan (cinch shake choklat dan vanilla), fat burner (lecithin dan omega) serta ejen detox untuk bantu badan kita tidak teracun dengan toksin berbahaya(herblax).

1. Cinch Shake (Protien Shake)

Masa temujanji dengan pakar pemakanan hari tu, doktor ada bagitau.. Achik Ruby kene makan 5kali sehari! 😱

Siapa kata nak kurus perlu berlapar. Makanlah. Biar kenyang supaya tak craving benda merapu.

Eh, macam mana nak kurus kalau makan sampai kenyang?

Makan sikit tapi kerap. Kalau lapar tengah malam buta, pilih untuk ambil protien. Protien buat kita kenyang lebih lama dengan nilai GI yang lebih rendah.

Jadi, protien shake ni bantu

✅Mengawal selera makan, mengurangkan nafsu makan dan rasa lapar sebelum waktunya.

✅Meningkatkan kesihatan pencemaan mengurangkan kembung perut dan untuk penyerapan nutrien yang lebih baik.

✅Protein juga penting untuk supply tenaga kepada badan dan otot untuk bakar more fat.

✅Protein shaklee ni dari sumber tumbuhan yang dilengkapkan sekali dengan leucine.

 Fungsi LEUCINE

✅Leusina membantu membakar lemak tanpa mengalami kesan yo-yo

✅Leusina membantu membina dan mengekalkan otot untuk berat badan yang lebih sihat dan badan yang lebih langsing.

✅Merapatkan jurang nutrisi


2. Omega Guard dan Lecithin

Fats burn fats. Best kan. Tugas ni biarlah yang pakar buat kerja.Kita ada auto pilot vitamin yang tolong bakar segala lemak jahat dan kebal tu.

Omega dan Lecithin pakar untuk bakar lemak never miss, plus ia sangat baik untuk memori jugak, tu penting ambik good fat macam omega dan lecithin ni. 

LECITHIN

✅Mempercepatkan proses pemecahan lemak dengan memecahkan lemak kepada partikel kecil yang lebih mudah untuk disingkirkan.

✅Mencegah pengumpulan lemak dan menyingkirkan toksin daripada hati.

✅Lecithin jugak menggalakkan penggunaan lemak sebagai tenaga.


OMEGA GUARD

✅Meningkatkan kadar metabolik dan mempercepatkan proses pembakaran lemak

✅Menambah baik kepekaan insulin untuk mengawal atur penyimpanan lemak.

✅Omega Guard membantu pembentukan leptine. Leptine ni pulak bantu untuk mengawal rasa lapar sekaligus membantu pembakaran kalori dan menjaga paras kolestrol.


3. Herblax

Herblax ni item yang paling Achik Ruby paling suka. Macam yang Achik Ruby bagitau kat atas kan, derita sangat bila sembelit teruk ni. Elok pulak herblax sangat sinonim dengan detox usus.

Dah kawal makan, bakar segala lemak yang tak diingini, its time to flush out! 😍

✅Daun senna dalam herblax ni sebagai Laksatif semula jadi untuk meningkatkan kekerapan pergerakan usus 

✅Membantu menyingkirkan toksin. daripada badan.

So, lemak2 yang dibakar oleh omega dan lecithin tu akan dibawa oleh herblax untuk dibuang terus dari tubuh kita melalui sistem perkumuhan. 

Makan herblax ni sebelum tidur, insyaallah bangun pagi senang sangat nak membuang. Uolls jangan sayang sangat nak buang segala benda yang tak perlu tu dalam badan. Lama lama jadi saka makan tuan! πŸ‘»πŸ‘»πŸ‘»

Fuhhh panjang sungguh rasanya perkongsian kali ni. Bukan apa, mungkin kat luar sana ramai yang ada masalah sama macam Achik Ruby. 

Rasa macam berdosa kalau tak kongsi..

Selain supplement yang amat membantu dalam misi menghasilkan "New You" ni tak dapat dinafikan manis2 memang kene cut.

Doktor sarankan Achik Ruby konsisten ambil air putih sahaja buat masa ni berbanding segala air sedap, manis dan viral yang ada disekeliling tu. 

Gula tu JAHAT! Ingat tu... 

Yang penting diri sendiri nekad nak kurus. Kalau sekadar cakap tapi tak buat memang tak boleh nak cakap apa la kan 🀣🀣🀣 

Ada yang cakap tak pe la gemuk janji sihat. Tapi tu pandangan masing2,bagi Achik Ruby, bila kurus ni senang nak solat,senang nak naik tangga,badan sihat tak lemau,sekaligus emosi lebih stabil..

Apapun perjalanan kurus Achik Ruby nak kurus tersangatlah jauh lagi sebab berat ideal ku 48kg - 50kg yihaaaaaa dan sekarang 86kg.. ya Rabbb... InsofffπŸ˜”

Rasa nak tepek sekeping gambar Achik Ruby yang macam Doraemon ni. Lagi tiga bulan kita boleh tengok result dan buat perbandingan waktu kini dan New Ruby InsyaAllah..πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Time 98 kg tak mampu nak ambik gambar. Ghisau takut pecah kamera fon. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Dua dua gambar ni masa 88kg.. gumuksnyaa... Master Nini kat sebelah tu tengah sarat nak bersalin tau. Tapi nampak macam Achik Ruby yang nak bersalin hari tu.. haha

 
Jom layan testimoni orang yang dah berjaya gapai impian dengan set Hello New You! 





Semua testimoni ni testimoni sebenar taw. Tak da main tipu². 

Seronoknya lahai tengok orang yang dah berjaya ni. Sahabat doakan Achik Ruby juga mampu ye. 

Kalau ada sahabat diluar sana yang sama macam Achik Ruby, tengah usaha untuk capai berat badan ideal dengan cara sihat, jomlah kita berteman. 

Sebelum tu, jangan lupa dapatkan  set Hello New You ni sebelum terlambat pada harga yang sangat mampu milik ni okeh! 🀩

Sahabat boleh order dengan cara call/ wasap terus Achik Ruby di www.wasap.my/60139474633 atau boleh inbox Achik Ruby di fb messengger: Rabiatun Adawiyah ye.. 



#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Anak: Benih yang perlu kita bajai, amanah yang perlu kita jagai.

Shaklee: Saya jual, saya makan dan saya rasai sendiri keberkesanannya..

Pengedar Shaklee Bachok (trusted agent)