Hari Raya Open House

 Bismillah, walhamdulillah.. Terima kasih ya Allah dengan segala nikmat-Mu masih lagi berpeluang menghirup udara segar sehari lagi hari ni. Masih lagi berpeluang menikmati petah bicara, hidup aktif anak² sayang dan yang paling penting masih lagi diberi nikmat iman yang tak dapat dibeli. 

Sekejap je kan, dah nak habis dah Syawal kita. Ada yang masih on mood raya? Raya kan sebulan.. hehehe

Achik Ruby pun masih dalam mood raya. Tapi mood raya puasa enam. Hari ni pun ada jemputan majlis rumah terbuka, tapi tak boleh pergi memandangkan anak² semua sekolah ganti. Suami pun kerja hari ni. Puasa tak habis lagi tapi syok bebenar nak plan untuk hari raya, open house...😁


Alhamdulillah baru baru ni kami sekeluarga berpeluang untuk hadir ke majlis hari raya aidilfitri anjuran kerajaan Negeri Kelantan. Meriah. 

Kat sini berpeluang jumpa kawan² yang dah lama tak jumpa. Anak anak seronok boleh menikmati pelbagai juadah raya sambil kenal sahabat ummi abi. 

Sempat bergambar sebagai kenangan bersama YB Mumtaz dan ex-housemate semasa belajar di Uitm dulu 


YB Kak Ubai tanya, "ni Bie Gua Musang ke? "

Lain rasanya bila boleh buat rumah terbuka ni. Sebelum ni hadir rumah terbuka orang lain ja memandangkan kami akan balik kampung selepas solat raya atau raya ke dua. 

Dulu, status suami sebagai imam muda membolehkan kami bergilir² samada balik kampung atau tidak. 

Memandangkan tahun ni tahun pertama status suami diangkat menjadi penolong pendaftar nikah, nak balik kampung pun tak sempat. 

Pantang hari cuti, ada saja anak mukim yang intai untuk membina masjid. Jadi kesempatan untuk balik kampung tu terhad sangat dan kami tukarkan menjadi kesempatan untuk buat rumah terbuka.. 

Lagipun, perjalanan balik kampung yang mengambil masa agak panjang buat kami fikir banyak kali untuk beraya di kampung halaman. (Untuk hari biasa, ambil masa 3jam setengah paling kurang dan musim perayaan boleh sampai 12 jam..πŸ˜‚)

Tempoh masa yang tak boleh diterima bagi kami dan anak-anak memandangkan kami masih dalam negeri yang sama. πŸ˜†

Hari raya open house kami, Achik Ruby pilih untuk masak sendiri menu utama. Nasi tomato kesukaan ummi abi dan bihun soto kesukaan anak². Anak² Achik Ruby semuanya suka sup. So, berbaloi sangat buat bila mereka asyik ulang tambah je.. 

Gambar ni gambar google je sebab nasi tomato yang Achik Ruby buat tak sempat nak snap gambar. Maklumlah, sibuk melayan tetamu😁

Ada masa luang nanti, insyaallah nanti Achik Ruby share resepi masak dua menu ni stail Achik Ruby.

Roti jala dan gambar sate tu pon gambar google. Kredit buat tuan gambar. Gambar bihun soto tu Achik Ruby gali dalam fb sendiri. Nasib baik jumpa πŸ˜‚

Ada juga menu tambahan yang ditempah seperti sate ayam dan roti jala. Hero kami tiap kali hariraya, sudah tentulah performance drink yang boleh hilangkan dahaga dan kurang manis. 

Anak² la paling suka open house ni sebab, tak keluar raya pun boleh kumpul duit raya. Sebab kami tak balik kampung,adik beradik datang berkunjung ke teratak kami. Adik bongsu pula hantar duit raya dari Australia. Mana tak hepinya anak2 saudara.😁

Dalam suka ria menerima duit raya, tak lupa juga kami ajar anak² untuk memberi sama. Kami ajarkan, tangan yang memberi itu tentunya lebih mulia dari yang menerima. Belajarlah memberi tanpa mengharapkan balasan. 

Setiap kawan anak² yang datang, kami minta mereka sendiri yang beri duit raya. Ada yang anak² bagitau, "ummi, Qaseh tu anak yatim piatu.." 

Diam2 kami berikan duit raya lebih untuk orang yang special begini.. semoga anak² akan istiqomah dalam kebaikan nanti. Itu matlamat kami. 


Biasanya kalau sebut bab rumah terbuka, ramai yang sentuh tentang adab sebagai tetamu yang berkunjung datang kan? 

Jangan dilupa, adab sebagai tuan rumah pun kita kena jaga.. especially adab anak² bila ramai tetamu hadir. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya kan? 

Perkara yang selalu Achik Ruby tekankan kepada anak2 selaku tuan rumah ialah: 


 10 adab kita terhadap tetamu:

1. Melayan tetamu dengan ikhlas dan kerana Allah- mereka bawa rahmat.

2. Menghidangkan makanan dan minuman kepada tetamu-hidangkan makanan yang terbaik yang kita boleh.

3. Memenuhi hak-hak tetamu- contohnya tetamu mahu tumpang solat, ingin meminta air kosong dan sebagainya.

4. Pertuturan yang sopan- ini akan eratkan silaturahim.

5. Pakaian yang sopan dan menutup aurat- mereka selesa melihat kita.

6. Mengiringi tetamu- ketika mereka masuk dan pulang.

7. Memberi keperluan dan kemudahan- sediakan makanan yang cukup tetapi jangan sampai membazir.Pastikan mereka selesa.

8. Masa yang sesuai- kita dah bersedia nak terima tetamu.Tetamu pula kalau boleh jangan datang lewat malam.

9. Kadar masa yang tidak terlalu lama- masa yang lama itu akan menimbulkan kesukaran kepada tuan rumah sendiri kerana hendak berkemas, hendak melakukan pekerjaan lain (belajar, siap untuk bekerja esok dan sebagainya), menyiapkan anak dan seterusnya.

10. Berterima kasih dan beri penghargaan- Tetamu memudahkan rezeki untuk masuk bagi kita tuan rumah. Hendaklah kita berterima kasih dengan mereka terhadap segala layanan dan kemesraan yang mereka bawakan kepada kita.

Rumah terbuka untuk eratkan silaturrahim antara kita. Bukan masanya untuk tayang gajet canggih masing² ,ok! 🀭


Sahabat blog Achik Ruby pula macammana? Apa menu rumah terbuka sahabat? Komenlah sikit menu rumah terbuka sahabat. Mudah mudahan jadi inspirasi buat Achik Ruby juga nanti.. ☺️



#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Anak: Benih yang perlu kita bajai, amanah yang perlu kita jagai.

Shaklee: Saya jual, saya makan dan saya rasai sendiri keberkesanannya..

Pengedar Shaklee Bachok (trusted agent)