Work at Home Mother

 


Assalamualaikum, selamat pagi semua sahabat. 

Payday bulan Mac lepas, anak-anak masing-masing sibuk penuhkan shopee cart ummi.

 Along dan Angah dengan 3D pennya, Kakak Anees dan Aliya dengan barang-barang make up kesukaannya dan tak ketinggalan juga Habib tak habis² dengan koleksi spidermannya..


Ummi biarkan saja. Diorang ingat, semua orang akan ada gaji bila tiba hari gaji..πŸ˜‚


Hari ni, salah seorang dari mereka bertanya "ummi, kenapa ummi tak jadi cikgu? Kan best kalau ummi jadi cikgu. Mesti dapat duit banyak, boleh terus bayar je barang² ni" sambil belek² shopee cart ummi yang dah hampir 100 item tak berbayar 😁


Rasa nak tergelak pun ada bila Habib juga membebel. 

" Ish, bila abang J&T nak mai hantar jam spiderman adik ni..." 


Habib ingat, bila dah letak dalam cart tu maknanya dah beli la tu. Abang² yang dah faham kerja ummi, gelak² ja dari belakang..


Yup! 

Kadang kadang terdetik juga dalam hati, kenapa aku tak terus apply jadi guru je suatu ketika dulu? 


Tapi cepat² jentik anasir jahat tu dari hati. 


Achik Ruby dulu memang nakkk sangat jadi guru. Tapi atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan, Achik Ruby buat keputusan untuk jadi guru kepada anak² sahaja. Jadi suri rumah sepenuh masa. Kalau kerja pun, kerja dari rumah je😁


Itulah takdirnya. 


Tapi bukan suri rumah semata mata. Achik Ruby nak jadi surirumah tapi tetapi berpendapatan. Duduk rumah, ajar anak matematik, bahasa arab.. ajar anak mengaji, solat tapi tetap ada gaji masuk setiap bulan. 


Tak semua orang ada rezeki melihat anak membesar depan mata. Tak semua orang ada rezeki nak tengok anak mula meniarap,mendengar perkataan pertama keluar dari mulut baby atau ada memori kali pertama anak belajar bertatih..


Yup, semua tu Achik Ruby dapat bila duduk rumah. 


Alhamdulillah dipertemukan dengan bisnes mudah Shaklee. Bisnes yang amat fleksible, boleh diuruskan dimana saja dan bila bila saja. Dihujung jari pun boleh settle. Mudah.


Alhamdulillah bisnes ni bagi Achik Ruby masa untuk bersama keluarga setiap masa. Anak sakit, demam, tak payah nak apply cuti. Tak da masalah bos bekukan cuti, atau kene kerja lebih masa. 


Tahu tak? Jadi surirumah sambil buat shaklee ni pun boleh ada income 4 angka.


Tiap² bulan juga boleh menabung hasil dari duit bonus. Boleh bantu suami tampung yang mana perlu. Tak perlu minta duit suami untuk hulur kepada yang memerlukan.


Realiti hari ini memang tak mudah. Kerja seorang tanpa bantuan pasangan membebankan. Nak nak yang tinggal di kawasan bandar


Sebab tu kita kat rumah ni pun kena cari income. Cari duit tepi. Keluar dari zon selesa.


Plan dari 2019, kami nak buat rumah idaman sendiri. Biar kecil, tapi ada kebun ros sendiri. Ada halaman anak2 bermain. Nak tanam rumput karpet tapi suami kata tak sesuai sebab AR takut pacat! 🀣


Tahun ni.. insyaAllah kami dah boleh duduk rumah idaman kami tu πŸ₯° Doakan kami ye😍😍


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Anak: Benih yang perlu kita bajai, amanah yang perlu kita jagai.

Shaklee: Saya jual, saya makan dan saya rasai sendiri keberkesanannya..

Pengedar Shaklee Bachok (trusted agent)