Makan pil kurus, selamatkah kurus dengan cepat?

Naik ja kereta, pelbagai lagu raya dah mula dihidangkan. Raya dah dekat! 

Selain awal tahun untuk upgrade azam baru dan time nak kawen, hari raya pun jadi peranan penggerak untuk kebanyakan orang nak cantik, nak muka glowing, nak pakai kebaya, capai berat badan ideal. 

"Aku nak kurus! "

Maka pelbagai cara kita sanggup buat untuk pastikan impian nak jadi kurus tercapai. Pada masa ni jugalah pelbagai "pil seminggu gerenti kurus" lalu lalang kat skrin handphone kita. Pelbagai "krim gosok-gosok terus hilang 5kg" terpacak di depan mata. Tu belum kira "seluar ajaib boleh cairkan lemak" dan "kopi perut kempis!"

Baru² ini, Achik Ruby perasan, stokin untuk kuruskan badan pun ada jual tau..

Kurus atau gemuk adalah tentang fizikal. Cantik fizikal itu adalah bonus. Orang gemuk juga ada yang cantik.

Namun, bila bicara tentang cara cepat turunkan berat badan, ia adalah tentang kesihatan. Kurus dengan cepat..selamatkah?



Cara Diet Yang Betul Tanpa Perlu Berlapar

Elak pergi dapur waktu malam.

Tidur awal adalah jalan paling baik untuk elakkan dari kita makan pada waktu malam. 

Kalau betul² lapar di waktu malam, cuba minum air kosong. Air kosong membantu kita kenyang tanpa tambahan kalori. Tidur pun pastinya lebih nyenyak.

 Ambil makanan tinggi protien

Makanan yang kaya dengan protien akan buat kita rasa lebih bertenaga dan kenyang lebih lama!

Pada masa yang sama, kita juga tidak akan kerap mengambil makanan ringan di antara waktu makan.



Banyakkan makan sayur dan buah buahan. 

Pilih sayur dan buah buahan yang kaya dengan serat tetapi nilai kalori yang rendah seperti sawi, bayam, kobis dan brokoli supaya sistem penghadaman kita lebih sihat.Malah mengenyangkan bagi tempoh lebih lama.

Untuk buah, anda boleh pilih delima yang yang kaya dengan nutrien antiobesiti yang membantu membakar lemak sekaligus meningkatkan metabolisme badan atau nanas yang boleh membakar lemak perut.

Selain itu, masukkan juga betik, epal, tembikai, nektarin, ceri dan mangga dalam list buah diet anda.

Wajib sarapan pagi

Wajibkan diri mengambil sarapan pagi tanpa gagal kerana sarapan pagilah yang akan membekalkan tenaga selepas kita tidur.

Biasanya kalau kita skip sarapan, kita akan cenderung untuk makan lebih banyak pada waktu makan seterusnya.

Ambil bijirin penuh

Selalu makan roti putih biasa? Apa kata mulai hari ini, tukarkan roti putih kepada roti bijirin penuh. Jangan lupa juga biasakan diri dengan bijirin penuh atau oat untuk menggantikan sarapan bijirin bergula okeh! 

Dapatkan Supplement Multivitamin yang terbaik

Kekurangan mikronutrisi boleh menyebabkan nafsu makan naik. Pastikan kita mengambil multivitamin yang sesuai dengan diri kita.

✅Senaman

Senaman paling mudah, amalkan berjalan kaki 10 ribu langkah sehari untuk membantu membakar kalori yang telah kita ambil.

10,000 langkah ini bersamaan 1jam 40 minit perjalanan atau jarak 8km perjalanan. Bunyi macam susah kan? Cuba jalan² kat pasaraya. Tentu 3 jam perjalanan pun tak terasa. 😁

Mudah bukan? 


TIPS DIET



Pengambilan Pil Kurus untuk Kuruskan Badan dengan Cepat, Selamat Ke?

Ramai orang nak jalan mudah dan nak kurus cepat. Sebab tulah ada yang sanggup mengambil pil kurus. Antara pil yang digunakan adalah pil Phentermine. Pil ini dikatakan dapat menurunkan berat badan dengan sangat cepat.


Tapi, sejauh mana selamatnya pil kurus ni? Sebelum tu, kita kena tahu apakah pil Phentermine ni. 

  • Pil ini yang sedang laris di pasaran merupakan sebuah pil diet yang sepatutnya boleh digunakan atas arahan doktor sahaja. 

  • Pil ini bertindak mengurangkan nafsu makan serta membantu menguruskan badan.

  • Namun demikian, pil ini hanya diberikan kepada mereka yang sememangnya memerlukan pil ini sahaja.

  • Golongan yang boleh atau dinasihat mengambil pil ini ialah golongan yang mempunyai BMI badan melebihi 30 kg/m₂. 

  • Ianya juga sesuai kepada orang yang berat badannya naik secara mendadak dan enggan turun walaupun telah cuba kaedah semula jadi.

Kesan Sampingan Pil Penthermine

Pil ini bertindak mengurangkan nafsu makan serta membantu menguruskan badan. Tapi, pil ini hanya diberikan kepada mereka yang sememangnya memerlukan pil ini sahaja.


1. Gangguan Tidur serta Berjaga atau ‘Alert’ Sepanjang Masa

Pil ini mengandungi sejenis bahan kimia yang bernama  ‘phentermine’. Bahan ini akan merangsang bahagian otak dan menghasilkan tindak balas antaranya menyebabkan seseorang itu mengalami masalah tidur nyenyak.


2.Degupan Jantung Lebih Laju

Impak pil ini kepada jantung kita ialah jantung akan berdegup dengan lebih cepat daripada normal. Kalau berlarutan akan menaikkan tekanan darah kita ke arah kadar yang lebih tinggi. Berikutan masalah ini, seseorang mungkin juga akan mengalami masalah sakit dada kerana jantung sedang bekerja dengan aktif.


3.Sembelit

Pil ini akan mengurangkan keinginan makan justeru mengurangkan kandungan serat dalam badan. Jika ini berlarutan maka individu yang terlibat akan mempunyai masalah pembuangan air besar kerana kandungan serat dalam badan kurang.


4. Wujud perasaan risau atau resah


Kebaikan Pil Ini

  • Membantu menguruskan badan. Golongan yang sememangnya telah berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan berat badan namun hasilnya tidak kelihatan bolehlah mengambil pil ini atas arahan doktor berserta senaman dan pemakanan yang sihat untuk membantu menurunkan badan.

  • Pengurangan nafsu makan. Hal ini kerana pil ini dapat membantu seseorang mengawal selera makan supaya dapat mengelakkan daripada mengambil kuantiti makanan berlebihan terutamanya yang berkalori tinggi. Ini jika diamalkan selalu dapat membantu individu tersebut membuat pemilihan makanan yang bersesuaian supaya tidak cenderong ke arah pemakanan yang tidak sihat.

Tak dinafikan, pil ini membantu menurunkan berat badan dengan cepat dengan saranan doktor. Namun, kebaikannya hanyalah sedikit sahaja berbanding sisi buruknya. 

Individu yang berhasrat untuk mengambilnya dinasihatkan untuk mempertimbangkan manfaat dan keburukan yang akan dihadapi.

Siapakah Golongan Yang Tak Boleh Ambil Pil Ni?

Walaupun pil ini banyak membantu mengurangkan berat badan kebanyakan orang, namun ada juga segelintir golongan yang dinasihatkan menghindari pil ini. Hal ini kerana mereka sudah pun mempunyai masalah kesihatan yang kronik. Sekiranya terus diambil, dikhuatiri mendatangkan masalah kesihatan yang tidak diingini dan jika berlarutan boleh mengundang maut. 

Antara golongan yang tidak boleh ambil pil ini ialah:


❎Mereka yang mempunyai tekanan darah yang tinggi

❎Mereka yang mempunyai masalah jantung seperti masalah injap jantung

❎Masalah saluran darah tersumbat

❎Gejala hyperthyroidism

❎Masalah glaukoma mata

❎Mengandung

❎Masalah psikiatrik termasuklah anoreksia serta kemurungan

Dewasa ini, nak kurus dan cantik sudah menjadi norma masyarakat kerana kurus dan cantik itulah ukuran kecantikan yang diletakkan pada kita. 

Namun, kita kena ingat, kecantikan yang didambakan haruslah seiring dengan pengamalan gaya hidup sihat bukannya menerusi pil kurus semata-mata. 

Apa pun kaedah kita untuk kurus dengan cepat, dua elemen yang mesti dilengkapi adalah pemakanan yang sihat dan senaman yang mencukupi.

Dan dua elemen ini, mahu tidak mahu perlukan bantuan elemen ketiga iaitu pengambilan supplement yang sewajarnya (Achik Ruby rekemen Hello New You set by Shaklee)

Eat moderately 

Exercise regularly

Supplement wisely

Dan turun berat badan tak semestinya untuk kurus je, tapi untuk kehidupan yang lebih sihat. Jom, sihat itu nikmat! ☺️








#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023


Ulasan

  1. Masya Allah alhamdulillah terbaik KakBie.. Teruskan menulis ye untuk berkongsi dan educate sahabat2 blog kakbie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak idah..insyaallah mudah mudahan

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Anak: Benih yang perlu kita bajai, amanah yang perlu kita jagai.

Shaklee: Saya jual, saya makan dan saya rasai sendiri keberkesanannya..

Pengedar Shaklee Bachok (trusted agent)