Raya dengan Shaklee, Hepi -hepi dengan family.
Bismillah walhamdulillah, rasa macam baru semalam takbir raya, pejam celik dah pun Syawal ke 9 kita lalui. Salam Aidilfitri buat semua sahabat blog Achik Ruby. Semoga segala amalan baik yang kita praktikkan sepanjang Ramadhan akan kekal menjadi tabiat dan diteruskan dengan istiqomah setiap masa. Sebut bab raya ni, banyak hal yang tentunya kita semua nak pastikan setiap satu tu sentiasa tiptop. Dari isu duit raya, menu raya, baju raya, sampailah isu jalan raya.. πππ Raya tahun ni alhamdulillah kami suami isteri dah bincang nak raya secara sederhana sahaja. Yang mana boleh jimat, kami jimat. Baju raya rahmah untuk anak² dan menu raya pun tak la banyak sangat. Raya pertama jamu anak² dengan roti jala sahaja. Biskut raya pun kami order yang hanya memenuhi selera anak² je. Tak mau dah macam raya lepas, kuih raya bertimbun walaupun raya dah lepas sebulanπ€ Isu jalan raya? Fuhhh kesian tengok semua perantau. Tapi pada masa yang sama, apalah kisahnya jem kalau raya ha...