Catatan

Work at Home Mother

Imej
  Assalamualaikum, selamat pagi semua sahabat.  Payday bulan Mac lepas, anak-anak masing-masing sibuk penuhkan shopee cart ummi.  Along dan Angah dengan 3D pennya, Kakak Anees dan Aliya dengan barang-barang make up kesukaannya dan tak ketinggalan juga Habib tak habis² dengan koleksi spidermannya.. Ummi biarkan saja. Diorang ingat, semua orang akan ada gaji bila tiba hari gaji..😂 Hari ni, salah seorang dari mereka bertanya "ummi, kenapa ummi tak jadi cikgu? Kan best kalau ummi jadi cikgu. Mesti dapat duit banyak, boleh terus bayar je barang² ni" sambil belek² shopee cart ummi yang dah hampir 100 item tak berbayar 😁 Rasa nak tergelak pun ada bila Habib juga membebel.  " Ish, bila abang J&T nak mai hantar jam spiderman adik ni..."  Habib ingat, bila dah letak dalam cart tu maknanya dah beli la tu. Abang² yang dah faham kerja ummi, gelak² ja dari belakang.. Yup!  Kadang kadang terdetik juga dalam hati, kenapa aku tak terus apply jadi guru je suatu ketika ...

TERLEWATKAH?

Imej
Bismillah walhamdulillah... Akhirnya Achik Ruby punya blog sendiri.  Dah lama berimpian menulis blog tapi baru diberi kesempatan untuk merealisasikannya. Sebelum ni ingatkan 'page' tu lah blog 😂😂😂 Terlewatkah?  Rasanya tak ada istilah lewat dalam menuntut ilmu. Ilmu yang seiring dengan situasi dan keperluan semasa.  Susah?  Perkara baru, memang susah bagi Achik Ruby tapi takpa, kita kayuh slow² . Mentor Achik Ruby bagitau, "menulislah dari hati.."😁 Diakhir 30an, baru kenal blog. Tak tau nak tulis apa, tapi insyaallah impian Achik Ruby untuk menulis perkara yang boleh memberi manfaat buat orang lain.  Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W "Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."   (Hadis riwayat al-Bukhari) Semoga setiap ketukan keyboard menjadi sumber pahala yang berpanjangan nanti ♥️