Cabaran Buat Suribisnes: Kerja Dari Rumah

BETUL KE SERONOK KERJA DARI RUMAH? 

Bismillah walhamdulillah..

Sebelum ni dalam entry lepas,Achik Ruby pernah menulis tentang work from home Achik Ruby. Ada juga Achik Ruby kongsikan betapa mudahnya Achik Ruby buat bisnes online klik² hujung jari je.. 

Mungkin dari situ, ramai je kawan-kawan bila jumpa ja mesti cakap "seronok la awak, sambil goyang kaki kat rumah pun masyukk! "

"Seronoknya dapat buat kerja dari rumah je.. tak payah nak hadap pelbagai perkara penuh toksid di pejabat. Tak payah nak hadap individu banyak kerenah, boss yang garang.." 

"Seronok la duduk rumah, tak payah stress hadap jem bagai.. " 

Sampai ada kawan² yang sanggup berhenti kerja semata mata nak duduk di rumah. 

Nampak macam best kan kawan-kawan? 24 jam dok rumah. Tapi kerja dari rumah pun ada cabarannya tau. Bukan seindah lukisan dan semudah ungkapan baiti jannati! 


CABARAN BUAT SURIBISNES/ WORK FROM HOME MOTHER

Cabaran paling kritikal untuk yang bergelar suribisnes atau individu yang bekerja dari rumah ni adalah dari segi masa dan tenaga.

Maklumlah, dah namanya kerja dari rumah kan? Disitulah ofis kita, disitu jugalah syurga kita dan keluarga. Semua perkara kita kena hadap dan selesaikan sendiri. 

Bila dah namanya ofice at home ni, takkan nak biarkan rumah macam kapal pecah kan? Silap haribulan, naik berbulu mata stress tengok rumah tunggang langgang. Nak tak nak, itulah cabaran dan realitinya yang sebenar.

Cabaran lain buat suribisnes/work from home person: 

1. Menjalani rutin sebagai surirumah dan pekerja dalam waktu yang sama.

Sesibuk mana pun kita dengan bisnes/kerja, kita tetap kena masak, kemas rumah, basuh kain dan yang seangkatan dengannya. Ada masa,  kena keluar beli barang keperluan rumah dan dapur setiap hari. Beza kan kalau kita kerja ditempat kerja? Fokus kerja tak perlu berbahagi ketika waktu kerja. 


2. Tak merasa adanya cuti.

Rasa macam syok ja 24 jam memang kat rumah kan? Hakikatnya kita tak rasa kita bercuti dari kerja sebab waktu kerja yang lebih fleksible, buat kita sentiasa bekerja.

Achik Ruby pernah "mintak cuti" dengan suami untuk sehari. Suami izinkan tapi... Tetap tak boleh! Naluri seorang ibu dan isteri buat kita melompat keluar dari bilik bila dengar anak menagis🀣🀣🀣

Sebaliknya bila kita dapat cuti tu, masa tu lah yang kita akan ligan untuk siapkan homework yang mungkin dah sampai due date atau dah pun terlepas dateline tu. 


3. Tak cukup rehat.

Badan keletihan. Tapi masih perlu membahagikan masa untuk melakukan pelbagai tugas dalam satu hari.

Sepenat manapun dengan kerja,kita tetap kene setelkan urusan sekolah anak anak. Pergi hantar dan ambik anak sekolah.

Selemah mana pun kita bila sakit, masih kena jaga makan minum dan keperluan anak2. Nak nak bila kita ada anak yang masih baby, kompom 24 jam perlukan kita.

Kalau ada baby ni kan, nak masuk toilet pon tunggu suami balik. Apatah lagi nak rehat. Memang takda masa.


4. Jarang berpeluang untuk bersosial

Kita mungkin mampu bersosial dan ramai rakan dialam maya tapi kita sunyi dan bersendiri dialam realiti. 


5. Mengurus dan mengawal karenah serta masalah anak- anak yang mencabar

Anak-anak ni kan.. ada masanya juga. Time ayah nak siapkan kerja tu lah diorang start bersukan atas rumah. Kalau rumah kayu macam kami ni, bergegar satu rumah diorang lumba lari. Bergema satu rumah mereka menyanyi dan berqasidah. 

Time ummi nak kejar datelinelah juga mereka merengek nak request nacam-macam. Time ummi nak onlinelah diorang nak berak, nak susu, nak mandi bagaiπŸ˜‚


6. Pandangan Masyarakat.

"Mengaji tinggi-tinggi jauh-jauh tapi tak kerja. Membazir duit mak ayah"

"Dok rumah, pastu habiskan duit laki. Kesian suami kerja pagi balik malam.."

Haishhh... Mulut orang kan, tak boleh nak tutup macam mulut tempayan. Kalau kita layan, silap haribulan, boleh meroyan. 

Mereka mungkin tahu kita ada dalam rumah tapi mereka tak tau apa kita buat dalam rumah. 

Achik Ruby sendiri pun pernah ada yang tanya. "Kata meniaga kat rumah. Tak pernah tengok pon barang niaganya. Asyik kehulu kehilir ja.. 🀭"

Ye la kak... Meniaga sekarang tak perlu nak junjung produk atas kepala aih. Semua hujung jari ja..πŸ’ƒ


Tips Hadapi Cabaran Bekerja Dari Rumah

Untuk suribisnes macam Achik Ruby, orang yang paling sibuk tu biasanya orang yang paling pandai bahagi masa . Cuba hadkan masa kita untuk bekerja dan buat kerja rumah. 


1. Bina suasana ofis hour dalam rumah kita.

Pilih waktu kerja yang sesuai dengan kita. Mungkin kita boleh punch card selepas hantar anak2 sekolah dan buat sedikit kerja rumah seperti jemur kain dan kosongkan sinki. 

Contohnya 

Sesi pagi      : 9pagi -12tengahari

Sesi petang : 3pm-5pm

Sesi malam : 9pm-11pm


2. Adakan masa untuk "me time" atau "family time" 

Sekali sekala, larilah dari situasi semasa kita. Sepanjang masa terperuk di rumah, pilih sehari dua untuk lepak2 di tepi pantai atau buat perkara yang kita suka. Kat rumah pun boleh bbq dan bakar ayam. Janji, lupakan kerja sekejap! Anak² pun terisi lompong emosi mereka. 


3. Jangan terlampau nak sempurna. 

Kalau ada anak yang ramai, jangan terlalu nak rumah yang bersih dan teratur sepanjang masa. Sebab anak kita tu bukan robot yang boleh di on off mengikut aturan kita. 

Jangan risau rumah bersepah sebab itulah bezanya baiti jannati dengan muzium. . 


4. Minta bantuan

Kalau nak buat semua kerja sendiri, memang kita mudah stress. Sebab kita juga ada tanggungjawab lain untuk dilakukan. 

Kalau kita tak mampu nak upah maid atau helper untuk uruskan urusan rumahtangga, minta bantuan suami dan anak2. 

Contoh: 

Minta suami keringkan baju di dobi, anak pertama basuh pinggan dan anak kedua jaga adik bongsu. 

Ada masa senggang waktu malam, boleh ajak anak² dan suami bantu lipat kain dan kemas rumah sebelum tidur. 

Pernah buat? 😁


5. Luangkan masa untuk keluar dari rumah dan bersosial dengan jiran tetangga. 

Mungkin dengan cara ni, kita emosi kita akan lebih baik sebab hirip udara segar luar rumah. 

Mungkin dengan cara ni juga kita boleh bagitahu orang sekeliling tentang kewujudan kita dan kerja sebenar kita.. 


6. Sediakan satu bilik khas sebagai ofis kita

Jadi, sebarang gangguan dari anak2 akan berada luar tempat kerja kita. Insyaallah akan bantu kita lebih fokus buat kerja


7. Berterus terang dengan anak

"Sekarang waktu kerja ummi, abi. Jam 5 ummi abi habis waktu kerja. Kakak sabar jap ye.." 

"Sekarang waktu ummi rehat. Ummi ada masa sejam . Lepas ni adik main dengan abang ya.." 

"Jap lagi ummi meeting. Angah ada nak makan apa² ummi buatkan sekarang. Nanti tolong jaga adik ye "


Alhamdulillah, hepi dapat siapkan posting cabaran bagi insan yang bekerja dari rumah ni. 

Kerja dari rumah ni memang sangat mencabar. Rasanya ramai yang dah rasa semasa tempoh pkp ritu kan. 

Tak kata orang lain, suami Achik Ruby sendiri pun bukan main stress dia bila nak siapkan kerja dari rumah. Sanggup dia keluar rumah cari port lain tau.. πŸ˜‚

Kerja dari rumah ni, kita tak boleh nak fokus satu kerja ja.Tapi cabaran tu la yang akan menjadikan kita seorang yang menghargai masa.. πŸ’•

Semoga tulisan Achik Ruby kali ni membantu ramai ibu ayah yang buat keputusan untuk work from home..

Sekali sekala, keluarlah dari sarang cari oksigen yang lebih fresh.. 😁

Rutin Achik Ruby.. selepas ambik mereka ni semua, baru la gerak untuk cod barang dan post out semua barang customer. 




#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#Shakleethrive2023

#Biz09Shaklee





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Keperluan ibu hamil

Klik-klik Hujung Jari: Bisnes Online Terbaik Malaysia

Anak: Benih yang perlu kita bajai, amanah yang perlu kita jagai.