Amalan Gaya Hidup Sihat
Berapa jenis gaya hidup sihat yang telah anda amalkan?
6 Gaya Hidup Sihat Sebagai Rutin Harian
1. MENJAGA PEMAKANAN SEHARIAN
Orang kata, hidup sihat beemula daripada perutnya. Antara gaya hidup sihat adalah menjaga pemakanan. Oleh itu, marilah sama-sama kita amalkan pemakanan seimbang. Pemakanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.
Diet harian:
1. Nikmati hidangan anda, tetapi berhenti sebelum kenyang.
2. Makan secara perlahan dan kunyah dengan baik.
3. Makan lebih banyak sayur-sayuran.
4. Menjaga keseimbangan diet dengan kandungan rendah lemak, gula dan garam.
5. Minum sup untuk membuatkan anda berasa kenyang.
Daripada pemakanan biasanya akan memberi kesan kepada badan kita, lebih lebih lagi jika kita terlebih makan. Badan akan menjadi lemau dan malas.
Bagaimanakah kita mahumelawan rasa lemau? Kita boleh melakukan senaman. Dengan melakukan senaman, jantung akan menjadi lebih sihat dan kuat. Sisa toksid akan keluar daripada badan kita melalui peluh. Senaman juga boleh membantu otot tubuh kita lebih kuat dan memastikan pengaliran darah juga baik.
Try buat ni:
1) Berkebun
Ada laman walaupun sekangkang kera, boleh tanam sayur, ulam dan bunga. Selain boleh keluarkan peluh dan menikmati keindahan alam, tiba masa menuai, boleh juga kita menikmati sayur dan ulaman hasil titik peluh sendiri.☺️
Gemuk-gemuk pudina Achik Ruby. Buka jendela pagi2, segar ja bau dia. |
2) Berjalan kaki selepas makan. Pernah tak dengar? Orang tua selalu cakap, lepas makan berjalan 40 langkah dulu baru minum air. 😁
3)Dapatkan sinar matahari setiap hari. Joging bersama keluarga sambil menikmati keindahan alam.
4)Bersenam secara berkala terutamanya pada waktu pagi. Malas keluar joging, berzumba dalam rumah pun boleh🤩
5)Pastukan postur badan yang betul untuk membantu otot berfungsi dengan baik.
3. MENJAGA KEBERSIHAN RUMAH JUGA PERSEKITARAN.
Rumahku Syurgaku. Selain makan dan bersenam, kebersihan tempat tinggal juga sangat penting. Pastikan tidak mengumpul sampah dirumah, cukup masa sila buang dalam tong sampah besar.
Jangan malas ya, sehingga nyamuk pun boleh beranak pinak. Anda perlu tahu, rumah yang bersih juga dapat memberi aura yang sihat kepada emosi kita sekeluarga.
1) Sentiasa membuka tingkap untuk memasukkan sinar matahari dan membunuh bakteria.
2) Gunakan penyejuk udara secara terhad dan pilih pakaian yang sesuai ketika menghadapi cuaca/musim tertentu.
3) Merendam kaki di air hangat untuk meningkatkan peredaran darah.
4)Bersihkan rumah terutamanya tandaa setiap hari.
5) Gotong royong bersihkan luar rumah paling kurang seminggu sekali.
4. MENJALANI PEMERIKSAAN KESIHATAN
Kita bukan hanya digalakkan membuat pemeriksaan ketika sakit sahaja. Kini bagi individu yang berusia 40tahun keatas, disarankan menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Pemeriksaan awal dapat mencegah kepada penyakit menjadi lebih teruk dan rawatan boleh diberikan segera.
5. ELAKKAN PERBUATAN YANG MENJEJASKAN KESIHATAN
Antara perkara yang boleh menjejaskan kesihatan ialah menghisap rokok, minum arak dan mengambil dadah. Tabiat menghisap rokok boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit paru² dan jantung. Manakala penagihan dadah boleh menyebabkanpunca penyakit sosial dalam masyarakat, menjadi penghalang kepada pembangunan negara.
6. ATASI STRESS
WANITA PALING RAMAI STRESS!!
Stress adalah satu masalah yang biasa terjadi kepada setiap individu namun sukar dikesan kerana ia bukan sesuatu yang boleh kita lihat pada fizikalnya.
Stress dalam jangkamasa panjang boleh buat kita BURNOUT!! Burnout adalah satu keadaan dimana tubuh badan kita sudah terlalu penat sehingga tidak mampu berbuat apa apa lagi.
Ia biasa terjadi kepada individu yang mengalami tekanan berlebihan dan berlanjutan samaada secara sedar atau tidak.
Salah satu cara nak elak stress dan turunkan tekanan adalah menyanyi! 😱 Eh eh, jangan la terkejut, betul2 ni tau🤣
Tips Menguruskan Stress:
1) Cari aktiviti yang membantu mengurangkan tekanan seperti memancing dan beli belah.
2)Berfikir positif dan tenang.
3) Rehat dari alat dan maklumat sebelum tidur.
4) Pilih apa yang mengembirakan anda
5) Makan makanan anti stress seperti pisang dan sayur berdaun hijau.
6) Supplement / makanan tambahan.
B COMPLEX- kandungan vitamin b memberi signal kepada otak untuk menjadi lebih tenang.
ESP- Pengambilan makanan kaya protien adalah penting untung menghasilkan neurotransmiter seperti dopamin dan serotonin yang boleh menanbah baik perasaan, mengurangkan tekanan dan mencegah kemurungan.
OSTENUTRIX- Magnesium juga terbukti secara klinikal membantu dalam merawat penyakit berkaitan mental termaauk anxiety dan depresi. Mineral ini berfungsi dalam penghasilan seritonin iaitu hormon yang menjadi penyumbang utama kepada ketenangan, kegembiraan dan kepuasan.
Kesimpulannya, terdapat beberapa amalan yang perlu kita lakukan untuk membolehkan kita hidup sihat. Amalan gaya hidup sihat ini harus dipupuk sedari kita kecil dimana ibubapa serta anggita keluarga memainkan peranan mereka dalam mengamalkan gaya hidup sihat.
Jom sihat!
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#Shakleethrive2023
#Biz09Shaklee
Ulasan
Catat Ulasan