TIPS BISNES ONLINE

Orang kata, buat bisnes online ni mudah. Klik² hujung jari ja. Tapi dah berbulan buat order masih krik-krik juga. Apa yang tak kena ni? Hmmm, meh Achik Ruby kongsi tips buat bisnes online yang lebih praktikal, mudah mudahan akan membantu sahabat yang baru nak berjinak- jinak dengan sistem atas talian ni. Sebelum tu, bisnes apa yang sahabat tengah buat? Kalau belum tahu bisnes apa yang nak dibuat, apa kata baca dulu tips pilih bisnes online DI SINI Sahabat tahu tak? Antara sebab orang tak beli produk kita ialah kerana orang tak kenal, tak percaya dan tak suka kita. Oleh sebab itu, kita kena perkenalkan diri kita, rajin² bina kawan baru dialam maya dan kena selalu buat posting supaya orang akan mengetahui kewujudan kita. Posting kita tu tak semestinya semua pasal bisnes kita. Dah nama media sosial kan? Untuk permulaan, buatlah posting untuk menarik perhatian. Sebagai contoh, buat posting masak2 ke, resepi viral ke, tunjuk aktiviti bersama anak² pun bole...