Anak: Benih yang perlu kita bajai, amanah yang perlu kita jagai.

   Bismillah walhamdulillah.. 

Entry kali ni Achik Ruby pilih untuk santai santai aja.. 

Dalam sibuk kita ibu ayah bekerja, mencari nafkah buat keluarga, kadang² kita lupa ada mereka yang perlu kita jaga. Amanah yang perlu kita waspada. 


Anak... 

Tak lama dahulu, Achik Ruby ada terbaca tentang satu posting " Ciri² Mak Ayah Derhaka.."

Terperanjat saya. 

Biasa dengar kisah anak derhaka. Tak sangka pula ada istilah ibu bapa derhaka.

Sebagaimana anak derhaka merujuk kepada mereka yang tidak jalankan tanggungjawab dengan baik kat ibu ayah, ibu ayah derhaka juga adalah mereka yang tak jalankan amanah Allah kepada anak-anak mereka.

Jom kita tengok checklist ni sebagai peringatan supaya kita hindarkan ciri-ciri ni ada dalam diri kita. ๐Ÿ˜–

Tanda² kita menjadi ibubapa derhaka.

1. Tidak mengajar anak2 mengenal Allah

Kita sebagai ibubapa, jangan meletakkan tugas ini kepada ustaz dan ustazah di sekolah semata mata.

Nak tak nak, kita perlu berusaha untuk jadikan rumah sebagai madrasah pertama bagi anak-anak. 

Antara tips mudah untuk perkenalkan Allah s.w.t kepada anak : 

  • Tunjuk kegembiraan kita apabila masuk waktu solat. Ini masanya kita berjumpa dengan Dia Yang Maha Mengasihi                                                       
  • Solat Berjemaah. Tanam dalam hati bahawa solat adalah cara bagi mengingati Allah.                                         
  • Perdengarkan doa kita kepada anak anak. Tunjukkan kesungguhan kita meminta sesuatu daripada Allah. Manusia tidak akan berdaya tanpa pertolongan Allah.                                         
  • Ajak anak² berjalan jalan sambil menyaksikan kebesaran Allah s.w.t          
  • Baca Al Quran, cari dan fahami maksudnya bersama anak2. Anak² perlu tahu, itulah 'surat cinta' daripada Allah.


2. Tidak memberi hak pendidikan

Disamping tidak mengenepikan hak anak² untuk bermain, jangan lupa hak mereka untuk mendapat pendidikan yang baik.  

Dan title ibu bapa derhaka juga jika ibu bapa tidak memberikan contoh dan pendidikan yang baik.

Pendidikan yang baik ni termasuk dalam contoh teladan yang baik.

Ajar anak mana baik mana buruk. Jangan sampai anak tak tahu beza mana betul dan mana salah.

Rosaklah pemikiran seseorang anak jika ibu bapa mengajar benda yang salah, menghalalkan benda yang haram.

Achik Ruby tertarik pada satu kata-kata motivasi dari sebuah buku yang pernah Achik Ruby baca (Creative Parenting Today)

"Anak adalah pelaburan masa hadapan."

 Cuba bayangkan, 30 tahun dari sekarang. Pada masa tu kita ntah masih ada atau mungkin juga telah tiada. 

Nanti, merekalah orang yang akan mengendalikan dunia dengan kuasa, ilmu dan harta yang kita berikan.

3. Mengabaikan keperluan tumbesaran.

Ibubapa perlu ambil tahu keperluan anak baik dari segi mental, fizikal serta kemahiran yang perlu anak kuasai.

๐Ÿ‘‰Semak 5 keperluan asas ni.

✅tidur yang berkualiti
  ✅perhatian yang cukup
        ✅makanan yang seimbang
✅aktiviti yang sihat     
✅tumbesaran on track

Unmet need ( keperluan yang tak dipenuhi ) pun boleh jadi punca emosi dia tak menentu.

Anak2 bukan mudah untuk makan makanan seimbang kan. 

Jadi ibu ayah disarankan untuk bagi makanan tambahan yang bernutrisi untuk anak seperti multivitamin dan minyak ikan. 

4. Mendahulukan kehendak diri berbanding keperluan anak.

Tak salah nak beli set tupperware atau spotrim baru. Tapi pastikan makan pakai anak didahulukan. 

5. Sering mengelak dan mengelat untuk menjaga anak kerana merasakan mereka sebagai beban. 

Anak Bukan Beban, “Dapat Kereta, Gaji Naik, Sebenarnya Kita Tumpang Rezeki Mereka”

Kadang-kadang terluah juga yang penatlah jaga anak, penatlah kerja dan bila dapat gaji, duit semua pergi kepada keperluan anak. Jangan salah ya mak, ayah. Sebenarnya setiap apa yang kita dapat dari Allah adalah rezeki anak-anak.

Cuma kadang-kadang kita tak sedar, setiap anak membawa rezeki yang berbeza. Dapat anak pertama, rezeki gaji naik. Kemudian, dapat anak kedua, dapat beli kereta lebih besar. Semuanya hadir dengan kelahiran anak.

Hakikatnya kita yang sebenarnya menumpang rezeki anak-anak. Bukan anak-anak yang menumpang rezeki kita.

Semuanya boleh jadi rezeki anak-anak yang datang melalui kita.

6. Wujud secara fizikal, tidak secara emosi.

Anak anak bukan sekadar pelu dilihat dengan mata. Tetapi juga perlu dirasai kehadirannya. 

Mereka bukan sahaja mahu kita mendengar dengan telinga tetapi juga dengan mata.

Perhatian yang kita berikan kepada gadjet, media sosial, kerja, games, jangan sampai kita lupa masa yang sepatutnya untuk mereka.  

7. Memukul, mengherdik dan memberi gelaran buruk dan apa jua kekasaran yang dilakukan terhadap anak.

Antara kesalahan ibu ialah memaki anak.

Disebabkan mulut ibu yang terlalu ‘bawang’ dan penuh dengan caci maki yang dianggap biasa dan sudah terbiasa, ia sebenarnya adalah doa yang keluar dari mulut sang ibu setiap hari. 

Anak yang dibesarkan dengan kekerasan akan belajar melakukan kekerasan kepada orang lain. 

Pilih alternatif yang mendidik supaya anak membesar dengan empati dan kawalan emosi yang baik

8. Jangan sesekali juga kita mengejek dan memalukan anak di depan orang lain . 

Anak juga ada maruah untuk dijaga dan dihormati. Kalaupun kita kekok untuk memuji, jangan pula kita menghina  dan merendahkan anak2. 

9. Tidak bonding dengan anak.

Bonding ye kawan².. bukan banding.๐Ÿ˜ Rumah sepatutnya menjadi tempat yang paling selamat dan ibubapa adalah orang yang mereka boleh harapkan untuk mereka merasa selamat, disayangi dan dihargai. 

10. Banyak lagi hak anak² yang kita perlu teliti seperti tidak diberi hak untuk bersuara, menuduh tanpa usul periksa, tidak melindungi mereka dari bahaya, tidak ajar anak urus diri dan membiarkan mereka terus melakukan kesalahan juga tanda² ibubapa yang derhaka. 

Nauzubillahi min zalik

Achik Ruby harap perkongsian ini mengingatkan diri kita supaya jadi ibubapa yang terbaik dan contoh teladan yang baik.

I try my best.

Sebab, bila kita jadi ibu, kita rasa kita ada ‘power’ dan gunakan senjata itu atas tiket ibu sewenang-wenangnya. Kadang tanpa sedar kita berkata yang buruk tentang anak kita. Percayalah yang keluar dari mulut ibu adalah doa.



Kita jaga mulut kita dan kita sebut yang baik2 buat anak2 kita.

Hidup ni perlu sentiasa memudahkan anak-anak untuk mentaati kita. Sentiasa mendoakan kebaikan buat anak-anak kita. Elakkan melafazkan perkataan ataupun doa yang tak baik buat mereka.

Sebab terkadang apa yang membimbangkan itulah yang menjadi penghalang buat anak-anak mendapat redha Allah, anak kita dah cuba taat, tapi kita yang susahkan keadaan. 

Tak mau, tak mau, tak mau! Kita tak mau rugi dunia, rugi akhirat kan? 

Jom sama2 kita muhasabah, jadi ibubapa yang terbaik. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘



#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Shaklee: Saya jual, saya makan dan saya rasai sendiri keberkesanannya..

Pengedar Shaklee Bachok (trusted agent)